Tuesday, 13 June 2017

Mungkin Harga Terendah Perak 14.06.2017

Sebelum ini, pembelian Silver SAP dengan harga yang lebih mahal iaitu RM292 and RM285 per 100gm Perak. Maka hari ni ternampak harga yang lebih murah RM282 dengan USD 16.8/Oz 

Sebelum ini Harga Perak USD17.3/Oz
 

 Nak tahu lebih lanjut Wasap je
----------------------------------------------
Mohd Nizam / 0136408906
Introducer PG Code : PG005353
PublicGold Dealer
----------------------------------------------
 

Thursday, 1 June 2017

Teknik Simpan Perak

Disini, saya ingin menceritakan teknik simpan perak

Tekniknya adalah seperti berikut:

1. Beli, Simpan...(jangka masa pendek seperti 1 ke 3 tahun dan ke atas), dan Jual

2. Beli secara konsisten setiap bulan, Simpan, dan Jual (100gm sebulan contohnya)

3. Beli secara konsisten setiap bulan, sampai masanya...jual dan tukar kepada emas

4. Beli, simpan sambil berniaga emas dan perak sementara harga emas dan perak naik

5. Beli bila harga jatuh mendadak, tunggu harga naik (5%, 10%,20%...etc),

6. Beli Perak ikut SAP (Silver Accumulation Program PG) setiap bulan

7.  Beli Perak ikut SAP (Silver Accumulation Program PG) setiap masa apabila harga margin perak anda rasakan rendah

Teknik 1 Teknik ini merupakan teknik biasa bagi pelabur baru yang ingin berkenalan dengan perak. Iaitu, pelabur baru tersebut akan membeli 100gm perak di awal tahun, dan kemudian menunggu selama setahun sehingga 3 tahun dan kemudian menjualnya. Kebiasaanya, harga perak 100gm ini akan meningkat dan peningkatan ini merupakan keuntungan yang diperolehi.

Teknik 2 Apabila pelabur baru ini yakin dengan potensi pelaburan perak. Dia akan merancang untuk memperuntukan sejumlah yang wang simpanan untuk membeli 100gm perak secara tetap setiap bulan. Jadi, di akhir tahun jumlah yang dikumpulkan mencapai 1200gm perak dan kebiasaanya harga perak akan meningkat dan pelabur tersebut menjual kesemua perak yang dimiliki untuk mendapat keuntungan.

Teknik 3 Pelabur baru yang telah yakin dengan kehebatan perak daripada emas akan terus menimba ilmu pelaburan perak dengan lebih mendalam. Teknik 3 ini adalah teknik ratio Emas : Perak dimana, perak yang dikumpulkan setiap bulan akan ditukarkan kepada emas apabila ratio Emas : Perak semakin menghampiri.

Teknik 4 Pelabur baru tersebut telah "jatuh cinta" dengan pelaburan logam berharga ini dan ingin mengajak rakan-rakan lain untuk bersama-sam menyimpan emas dan perak sebagai simbol insuran kekayaan mereka. Pelabur tersebut boleh menjadi dealer di Syarikat emas perak yang kukuh dan diminati seperti Public Gold

Sambil pelabur tersebut menunggu harga emas dan perak naik, pelabur tersebut boleh berniaga untuk menambah pendapatan sampingan.

Menjadi dealer lebih menguntungkan kerana pembelian emas dan perak pada harga yang sangat murah.

Teknik 5 Pelabur tersebut tahu selok belok pelaburan perak dan merancang strategi untuk memaksimumkan keuntungan dengan membeli borong bila harga perak jatuh (harga spot) dan simpan sehingga harga spot meningkat.

Bagi saya, beli dan simpan adalah terbaik jika anda ada holding power.

Teknik 6: Beli silver dalam bentuk akaun dan anda tak perlu ada tempat simpanan perak kerana ia disimpan oleh PublicGold Sendiri setiap bulan tanpa gagal. Ini adalah cara terbaik, anda akan dapat 1200gm setahun.

Teknik 7: Beli silver dalam bentuk akaun dan anda tak perlu ada tempat simpanan perak kerana ia disimpan oleh PublicGold Sendiri tetapi anda beli masa harga murah dari margin anda pada setiap bulan.

Tetapi ilmu analisis harga juga perlu dipelajari,supaya tahu bila nak beli, bila nak jual, bila nak beli borong, dan sebagainya.

Diharap teknik yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk merancang strategi pelaburan perak anda.